Tuesday, March 25, 2008

WaSiAt RASULLAH KpD Saidina Ali

Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-siaWahai Ali,Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :1) Jujur dalam berkata-kata2) Menjauhi segala yang haram3) Merendahkan diriWahai Ali,Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :1) Takut berlaku dusta dan keji2) Menjauhi kejahatan3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharamanWahai Ali,Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :1) Merahsiakan ibadahnya2) Merahsiakan sedekahnya3) Merahsiakan ujian yang menimpanyaWahai Ali,Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :1) Mengawasi dirinya2) Menghisab dirinya3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

No comments: